Selasa, 18 Mei 2010
Naqib Usrah KMMB
Mesyuarat dilakukan didewan SMA Syeikh Abdul Malik
Bayaran elaun kehadhiran ialah rm50 serta bayaran makan rm5.
Pada tahun ini diadakan semula pemilihan jawatankuasa
3 nama yang diumumkan
1.Pengerusi negeri Ustaz Haji Awang
2.Timbalannya Ustaz Mohaamad bin Abdul Majid
3.Naqib usrah Ustaz Abdul Ghani bin Muda
Abu Zakariyya juga adalah pengerusi KMMB bagi Daerah Setiu
Semoga muamalah Islam terus maju
Tazkirah DiTaman Tasik Perdana
Pada hari sabtu menyampaikan kuliah dimajlis gathering TKO kali ke 3. Abu Khalilah ambil di Hentian Putra
Selepas program Acak hantar ke airport
balik ke KT malam tu jugak.
Menyampaikan kuliah ringkas pada tengahari tersebut
Mengimamkan solat zuhur selepas tazkirah
Sesi bergambar bersama ahli parlimen setempat
Moga sentiasa mendapat petunjuk Allah
Hadhir Gotong-royong 15 mei 2010 di Madrasah al Insaaniyyah
Pada hari sabtu bersama Ibnu Awang ke Madrasah Al Insaaniyyah untuk menyertai gotong-royong. Ada beberapa bahagian yang difokuskan hari ini
1.Mencuci tapak untuk dibina bangunan asrama atau bangunan serba guna
2.Meluaskan halaman masjid dan kawasan parking kereta
3.Menyempurnakan pemasangan atap (pemotongan dipenjuru tertentu)
AlHamduliLLaah semuanya dapat dijayakan
Kerja-kerja sedang berjalan
Inmilah hasilnya
Tapak bangunan sebelum dibersihkan
Isnin, 17 Mei 2010
April 2010 Mengubah Banyak Benda
Assalaamu`alaina wa`alaa`ibaadiLLaahishoolihiin
Jumaat 17 rabii`ul Akhir 1431 hijriyyah atau 2 april 2010 maasiihiyyah adalah hari bersejarah
(rujukan boleh baca pada link dibawah)
Pada hari ini dimulakan kelas pengajian mingguan untuk masyarakat umum di Masjid al Madrasah al Insaaniyyah
http://al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com/2010/04/kelas-pengajian-minguan-hari-jumaat.html
Program mingguan ini telah menyebabkan banyak perubahan jadual program lain dilakukan
1.Kelas pengajian tafsir dan Fathul Mu`ien dimasjid Abi AbdiLLah telah ditukar kewaktu petang hari jumaat berbanding sebelumnya berjalan pada pagi jumaat
2.Kuliah maghrib(Kelas takmir) di Surau Binjai Manis ditukarkan kemalam jumaat
sebelumnya ialah pada malam selasa
3.Kuliah mahhrib dimasjid anNur ditukarkan kemalam selasa
sebelumnya ialah pada malam jumuat
4.Kelas petang isnain ditukarkan kepetang rabu
5.Kelas tafaqquh di Masjid Puterajaya pada petang sabtu bertukar menjadi kelas bersiri pada pagi jumaat (tafsir Jalaalain tidak dibaca lagi sekadar fathul qorib sahaja)
6.Kuliah maghrib dimasjid Abu Muaz diubah dari 2 minggu sekali pada mala khamis ke sekali sebulam pada malam ahad.
-Pada 7 april 2010 bermula kelas bersiri di Surau Pak Kancil Dalam (Matla`ul Badrain)
-Bulan ini juga adalah bulan ke 2 berjalan muzakarah para usaatizah di Daerah Setiu pada malam khamis dimasjid-masjid terpilih
sebelumnya dilaksanakan pada malam selasa
Isnin, 10 Mei 2010
Lama Tidak Update Blog Ini
Kata kunci telah didapati kembali
Perkembangan sebelum ini boleh ke blog dibawah
http://al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com/