Khamis, 30 Disember 2010

Abu Zakariyya Al Qoohiriyy

Pengasas Madrasah ini http://madrasah-insaaniyyah.blogspot.com/





Ustaz Abdul Ghani bin Muda bin Abu Bakar bin Muhammad
Dilahirkan di Kampung Rahmat Chalok, Setiu Terengganu
pada 26 ogos 1965
Kali pertama menjejakkan kaki kesekolah pada januari 1972
di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Rahmat Setiu Terengganu .

Kemudian pada 1978 kesekolah menengah
di Sekolah Menengah Tengku Ibrahim Kampung Buloh.
(sekarang Bandar Permaisuri)
Selepas SRP pada tahun 1981 berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu.
(Sekolah Menengah Teknik Lapangan Terbang).
Hanya 2 minggu berulang alik dari Kem Polis Hutan Batalion 12 di Kubang Badak
(menumpang ibu saudara )
Kemudian .......jadi budak surau
Berulang-alik dari Surau Kampung Banggol Tok Jiring Kuala Terengganu
(sekarang Surau Dato` Haji Abbas)
kesekolah selama seminggu.
Pagi bersekolah, malam mengikuti kuliah Tuan Guru Haji Abbas disurau.

Kemudian membuat keputusan meninggalkan sistem pendidikan kerajaan
dan belajar disurau ini sepenuh masa.

Pada awal 1985 bersama-sama Ustaz Abdul Aziz berpindah ke Kampung Bukit Putri. Tinggal disurau kampung tersebut selama 6 bulan.

Berkahwin pada 18 oktober 1985. Selepas itu tinggal di Kampung Banggol Tok Jiring sehingga tahun 1989. Pada tahun 1989 berpindah ke Kampung Bukit Putri dan tinggal disana tidak sampai satu tahun. Pada awal 1990 kembali tinggal di Kampung Banggol Tok Jiring.

Akhir 1993 menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Ma`had al Muhammadi disekolah Saniah Pasir Putih Kelantan. Semasa menduduki peperiksaan menumpang tinggal di Wakaf Bunut.