Khamis, 5 Februari 2009

Maklumat Mengenai Guru Kami








Pengasas Madrasah Insaaniyyah

Pengasas Madrasah ini http://madrasah-insaaniyyah.blogspot.com/
Ustaz Abdul Ghani bin Muda bin Abu Bakar bin Muhammad
Dilahirkan di Kampung Rahmat Chalok, Setiu Terengganu
pada 26 ogos 1965
Kali pertama menjejakkan kaki kesekolah pada januari 1972
di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Rahmat Setiu Terengganu .

Kemudian pada 1978 kesekolah menengah
di Sekolah Menengah Tengku Ibrahim Kampung Buloh.
(sekarang Bandar Permaisuri)
Selepas SRP pada tahun 1981 berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu.
(Sekolah Menengah Teknik Lapangan Terbang).
Hanya 2 minggu berulang alik dari Kem Polis Hutan Batalion 12 di Kubang Badak
(menumpang ibu saudara )
Kemudian .......jadi budak surau
Berulang-alik dari Surau Kampung Banggol Tok Jiring Kuala Terengganu
(sekarang Surau Dato` Haji Abbas)
kesekolah selama seminggu.
Pagi bersekolah, malam mengikuti kuliah Tuan Guru Haji Abbas disurau.

Kemudian membuat keputusan meninggalkan sistem pendidikan kerajaan
dan belajar disurau ini sepenuh masa.























Ustaz Ghoni menggunakan cangkul dalam gotong-royong pembinaan masjid ditapak madrasah

Ganti Blog Mudir Madrasah

Assalaamu`alaikum

Blog ini adalah ganti kepada blog MudirMadrasah yang telah lupus dari dunia internet.