Khamis, 21 Mac 2013

Musa Bin Abdul Ghani

Pada 11 mac 2013 lahirlah Musa bin Abdul Ghani di Hospital Besar Kuala Terengganu jam 11.50 pagi. Berada diwad kanak-kanak 3 malam. Hari keempat khamis 14 mac 2013 barulah dibenarkan keluar hospital. Sampai di Madrasah al Insaaniyyah pada waktu maghrib khamis malam jumaat. Gambar hari ke 3 Gambar hari 3 (rabu 13 mac 2013) Gambar hari keluar hospital (hari ke 4) Hari ke5 (jumaat 15 mac 2013) Hari ke 8 Hari ke 11

Rabu, 9 November 2011

Rumah Kami Pembinaan Bermula Syawwal 1432 Hijriyyah

Setelah 8 bulan satu minggu tinggal di Madrasah al Insaaniyyah dengan menumpang bangunan asrama kemudian menumpang tinggal dirumah warden madrasah, maka pada hari ini minggu yang ke 2 syawwal ( 11 syawwal 1432 hijriyyah atau hari rabu 7 september 2011 kami memulakan pembinaan rumah sendiri. Pembinaan bermula dengan kerja-kerja dilakukan sendiri dengan bantuan isteri dan anak-anak.

Beginilah pandangan tapak rumah kami dari arah masjid sebelum projek pembinaan dimulakan

4 batang tiang menunggu untuk ditegakkan. Juga 2 ribu keping batu-bata yang akan digunakan untuk membuat asas tapak rumah (ikat 9)

Tiang pertama yang ditegakkan. Berat juga tiang 4x6 setinggi 12 kaki ini.

Inilah hasil kerja hari pertama. Dengan bantuan anak-anak dan isteri 2 tiang rumah berjaya didirikan. Mendirikan tiang ke 3 dan ke 4 terpaksa ditangguhkan sehingga tapaknya yang rendah ditinggikan dahulu dengan bancuhan simen. Besok bancuhan simen keras bolehlah 2 tiang tu ditegakkan.

Beginilah 2 batang tiang sebelah timur bangunan rumah kami sebaik sahaja selesai kerja hari pertama pembinaan rumah berdekatan masjid Madrasah al Insaaniyyah








Hampir 12 ribu keping batu-bata telah digunakan setakat ini (jumaat 6 muharram 1433H bersamaan 2 disember 2011M) dalam pembinaan rumah kami. Kerja-kerja mengikat bata akan siap tidak lama lagi. pemasangan tetulang sebelah atas dinding bata telah bermula.

Ahad, 2 Januari 2011

Berpindah Ke Setiu

Assalaamu`alaikum
Pada hari sabtu 26 muharram 1432 hijriyyah atau 1 januari 2011 masiihiyyah kami berpindah ke Daerah Setiu. Hanya sedikit barangan yang dibawa bersama, sekadar muat 2 buah kereta kancil dan 7 orang anak-anak. Anak-anak yang lain 2 orang di Kaherah,Mesir. 2 orang di IQT Padang Midin Kuala Terengganu dan 2 orang di Madrasatul Quraan,Kubang Bujuk.

Bertolak jam 5.30 petang dan tiba di Madrasah al Insaaniyyah lebihkurang sejam kemudian. Sebauh kereta lagi dipandu oleh Ummu Muhammad tiba diwaktu magrib. Kemudian Abu Zakariyya bergegas ke Masjid Kampung Rahmat untuk kuliah maghrib (kelas takmir). Minggu depan kuliah maghrib dimasjid ini pada khamis malam jumaat

Keadaan rumah yang ditinggalkan dan persekitarannya




Kereta yang digunakan ketika berpindah




Laluan keluar masuh kerumah penginapan sejak 1990-1994 dan 2005-2010

5 orang anak bersama Abu Zakariyya




Dah sampai pun ke Setiu (Madrasah al Insaaniyyah)




Laluan yang becak menyebabkan barangan terpaksa diangkut berulang-alik melepasi kawasan berbecak


Nasib baik pengambilan pelajar belum dibuat, bolehlah menumpang tinggal diasrama dahulu sebelum kuaters siap

Rumah yang ingin dihuni belum siap lagi



Pintu-pintu 2 bilik telah siap dipasang


Pandangan dari luar rumah









Bahagian bilik tambahan dan dapur masih beatapkan langit dan berlantaikan tanah

Keadaan tandas dan bilik air yang gagal disiapkan setakat ini