Jumaat, 13 Mac 2009

Hadhir Majlis Makan Petang 090309 (ithnain)





















Pembaca Doa Bidang Terjun


Pada 12 Rabiul Awwal 1430 (090309) adalah hari cuti persekutuan sempena sambutan Maulidur Rasul.Pihak Kelab TKO Central telah menganjurkan majlis makan petang.
Majlis ini diadakan untuk menjayakan kutipan derma untuk 2 pusat pengajian tradisional. Kami dari AJK al Madrasah al Insaaniyyah diwakili oleh pengerusi usrah (Tuan Haji Abdullah),SU madrasah (Saudara Ya) dan Mudir madrasah yang telah hadhir.
berbesar hati menghadhiri majlis ini kerana ia adalah satu simbol perihatin ummat atas kepentingan pendidikan Islam secara tradisi juga sebahagian kutipan adalah untuk madrasah kami.Madrasah Al Insaaniyyah dan Ma`had Tahfiz al Anshoriyy (http://al-ansoriyy.blogspot.com/) adalah 2 pusat pengajian Islam tradisi yang telah dijadikan projek anak angkat TKO. Sekalipun kehadhiran tidaklah ramai sangat dan kutipan tidaklah sebesar mana, namun diharapkan ia adalah satu permulaan yang baik.

Maklumat lebih detail dalah dua blog yang disebutkan alamatnya dibawah

http://al-ansoriyy.blogspot.com/2009/03/majlis-anjuran-tko-central-dan-uol.html

http://al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com/2009/03/assalaamualaikum-pada-12-rabiul-awwal.html

Setiausaha Madrasah al Insaaniyyah bebaju putih dan berkopiah

Terima kasih

Perubahan Jadual Kuliah Maghrib di Mak Bakah

Kuliah Maghrib di Mak Bakah diubah ke malam jumaat mulai 12 mac 2009
Sebelum ini kuliah telah dijalankan pada rabu malam khamis beberapa tahun.

Dimana telah diadakan kuliah menggunakan beberapa kitab.

Pada mulanya kitab " Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah" karangan Haji Said Ibrahim.
Setelah dibaca beberapa bulan kitab ini dirasakan tidak sesuai dengan masyarakat disini, lalu ditukar dengan kitab "Bidaayatul Hidayah" karangan ulamak Acheh.

Kemudian ditambah bacaan kitab "Matla`ul Badrain"
Bacaan kitab "Bidaayatul Hidayah" telah pun tamat tahun lepas, tetapi dibaca kali yang kedua.