Khamis, 30 Disember 2010

Abu Zakariyya Al Qoohiriyy

Pengasas Madrasah ini http://madrasah-insaaniyyah.blogspot.com/





Ustaz Abdul Ghani bin Muda bin Abu Bakar bin Muhammad
Dilahirkan di Kampung Rahmat Chalok, Setiu Terengganu
pada 26 ogos 1965
Kali pertama menjejakkan kaki kesekolah pada januari 1972
di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Rahmat Setiu Terengganu .

Kemudian pada 1978 kesekolah menengah
di Sekolah Menengah Tengku Ibrahim Kampung Buloh.
(sekarang Bandar Permaisuri)
Selepas SRP pada tahun 1981 berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu.
(Sekolah Menengah Teknik Lapangan Terbang).
Hanya 2 minggu berulang alik dari Kem Polis Hutan Batalion 12 di Kubang Badak
(menumpang ibu saudara )
Kemudian .......jadi budak surau
Berulang-alik dari Surau Kampung Banggol Tok Jiring Kuala Terengganu
(sekarang Surau Dato` Haji Abbas)
kesekolah selama seminggu.
Pagi bersekolah, malam mengikuti kuliah Tuan Guru Haji Abbas disurau.

Kemudian membuat keputusan meninggalkan sistem pendidikan kerajaan
dan belajar disurau ini sepenuh masa.

Pada awal 1985 bersama-sama Ustaz Abdul Aziz berpindah ke Kampung Bukit Putri. Tinggal disurau kampung tersebut selama 6 bulan.

Berkahwin pada 18 oktober 1985. Selepas itu tinggal di Kampung Banggol Tok Jiring sehingga tahun 1989. Pada tahun 1989 berpindah ke Kampung Bukit Putri dan tinggal disana tidak sampai satu tahun. Pada awal 1990 kembali tinggal di Kampung Banggol Tok Jiring.

Akhir 1993 menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Ma`had al Muhammadi disekolah Saniah Pasir Putih Kelantan. Semasa menduduki peperiksaan menumpang tinggal di Wakaf Bunut.

Ahad, 27 Jun 2010

Perwakilan KeMesyuarat Agung Koperasi Muslimin Kebangsaan

Koperasi Muslimin Malaysian Berhad telah mengadakan mesyuarat agungnya di Hotel Regecy pada 19 dan 20 jun 2010. Abu Zakariyya adalah salah seorang daripada 5 orang perwakilan dari negeri Terengganu


Kami ke KL menaiki bas, sampai di Hentian Putra kami diambil oleh menantu salah seorang kami dan kawannya membawa kami kehotel

Mesyuarat Agung dihari pertama (ditingkat 9)






Antara kakitangan pejabat KMMB turun padang membantu melancarkan perjalanan mesyuarat





Perwakilan Perlis yang aktif

Bayaran elaun mesyuarat dan tambang dibawakan oleh petugas pejabat kjoperasi kepada setiap perwakilan


Pemandangan didalam masjid tempat kami solat selepas solat maghrib




Dari masjid tempat kami solat maghrib kami boleh melihat Menara Bangunan Pejabat Petronas

Sepuluh Hari Pertama dibulan Jun 2010

1 jun 2010 Hadhir mesyuarat untuk melaksanakan Kem Pintar Solat anjuran ABIM Negeri Terengganu




7 jun 2010 hari pertama perlaksanaan Kem Pintar Solat yang dijalankan 3 hari di Markaz Abim Negeri Terengganu

Pada pagi ini Abu Zakariyya membuat pengisian dengan tajuk "Asas Tajwid Bacaan Solat"











Tengahari yang sama hadhir kemajlis kenduri kahwin anak Saudara Haji Hadi


Khamis 10 jun 2010 kelas muslimat tidak dijalankan atas sebab kehsdhiran yang tidak ramai

Jumaat 11 jun 2010 kelas lepas asar tiudak dijalankan kerana para pelajar masih bercuti, mengambil peluang hadhir kenduri berdekatan masjid kaca di Losong

Antara Sahabat Dan Anak Buah Yang Membantu Menjayakan Program

Antara Sahabat Dan Anak Buah Yang Membantu Menjayakan Program "Kem Remaja Gemilang" di Madrasah al Insaaniyyah pada 16 dan 17 jun 2010
Lagi gambar-gambar dilink-link berikut
http://al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com/2010/06/hari-kedua-kem-17-jun-2010.html
http://madrasah-insaaniyyah.blogspot.com/2010/06/hari-pertama-kem-remaja-cemerlang.html










Sabtu, 26 Jun 2010

Merasmikan Kem Remaja Gemilang

Assalaamu`alaikum

Pada pagi 16 jun 2010 Abu Zakariyya hadhir merasmikan program Kem Remaja Gemilang yang dianjurkan oleh pihak madrasah

Jumlah anak-anak yang mengikuti program hari ini ialah 54 orang. Sedangkan anggaran kita pada mesyuarat terakhir pada ahad lepas (13062010)ialah sekitar 40 orang sahaja.

Pemudahcara dari kalangan guru-guru J-QAF ada 8 orang namun mereka tidak punyai kelapangan untuk berada serentak dalam waktu yang sama dimadrasah.

Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan
Sebelum program bermula Tuan Pengarah Program memberikan sedikit taklimat terutama tentang pembahagian pelajar kepada kumpulan-kumpulam tertentu.

("mana-mana yang tiada nama dalam senarai sila datang jumpa saya" Tu dia arahan pengarah terutama yang baru isi borang hari ini)

Pembukaan dan Perasmian
Sesi pembukaan dan perasmian dimulakan dengan aluan bacaan quran oleh salah seorang dari asaatizah pemudahcara


Diikuti dengan ucapan pembukaan program dan perasmian Kem Remaja Cemerlang oleh mudir al Madrasah al Insaaniyyah.

Selepas ucapan pembukaan dan perasmian dah boleh makan kuih dan minum




Bengkel pertama tentang bersuci. Salah seorang asaatizah memulakan dengan sedikit penjelasan tentang bersuci diikuti dengan LDK dalam 6 kumpulan.






Kalau ikut pada kira-kira ni projek kita ni tak balik modal ni (itulah agaknya apa yang difikirkan oleh tuan pengarah) takpalah kita tampung dengan duit lain.

Selepas bengkel pertama makan nasi pula. Tak laparlah anak-anak kita hari ini.
Aik! Tuan pengarah yang isikan lauk, mana nak cari tuan pengarah macam ni?






Bengkel ke 2 tentang bacaan-bacaan didalam solat
Salah seorang asaatizah memulakan dengan sedikit penjelasan tentang bacaan dalam solat diikuti dengan LDK dalam 6 kumpulan.


Taklimat tentang Halqoh Quraan dilakukan dengan ringkas sahaja
Ini memberi sedikit masa untuk para pelajar merasa agak santai dan memulihkan rasa seronok mereka setelah ajk menilai mereka agak keletihan mengikuti jadual yang agak padat.

Kuliah Maghrib
Kami menjemput penceramah motivasi yang mulai kedengaran namanya di Daerah Setiu. Nun dari Kuala Terengganu kami menjemput Ustaz Fauzi Yusoh untuk slot kuliah pada malam ini. Kami bersimpati dengan beliau atas kegagalan kami memastikan ibu-bapa pelajar turut serta. Beliau terpaksa mengubah suai penyampaiannya kerana sasaran ceramahnya telah berubah daripada umum kepada para pelajar dan para ajk yang terlibat (bukan ibu-bapa sebagaimana yang diharapkan).

Namun Ustaz Fauzi boleh! Ceramah berjaya dilaksankan dengan jayanya dalam masa 2 jam.
Habis ceramah dan solat isyak anak-anak kami dibekalkan minuman dan roti.

Itulah gambaran ringkas perjalanan Kem Remaja Cemerlang untu hari pertama.

Semoga besok perjalanan program akan lebih baik lagi.

http://al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com/2010/06/hari-pertama-kem-remaja-cemerlang_6480.html