Sabtu, 26 Jun 2010

Merasmikan Kem Remaja Gemilang

Assalaamu`alaikum

Pada pagi 16 jun 2010 Abu Zakariyya hadhir merasmikan program Kem Remaja Gemilang yang dianjurkan oleh pihak madrasah

Jumlah anak-anak yang mengikuti program hari ini ialah 54 orang. Sedangkan anggaran kita pada mesyuarat terakhir pada ahad lepas (13062010)ialah sekitar 40 orang sahaja.

Pemudahcara dari kalangan guru-guru J-QAF ada 8 orang namun mereka tidak punyai kelapangan untuk berada serentak dalam waktu yang sama dimadrasah.

Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan
Sebelum program bermula Tuan Pengarah Program memberikan sedikit taklimat terutama tentang pembahagian pelajar kepada kumpulan-kumpulam tertentu.

("mana-mana yang tiada nama dalam senarai sila datang jumpa saya" Tu dia arahan pengarah terutama yang baru isi borang hari ini)

Pembukaan dan Perasmian
Sesi pembukaan dan perasmian dimulakan dengan aluan bacaan quran oleh salah seorang dari asaatizah pemudahcara


Diikuti dengan ucapan pembukaan program dan perasmian Kem Remaja Cemerlang oleh mudir al Madrasah al Insaaniyyah.

Selepas ucapan pembukaan dan perasmian dah boleh makan kuih dan minum




Bengkel pertama tentang bersuci. Salah seorang asaatizah memulakan dengan sedikit penjelasan tentang bersuci diikuti dengan LDK dalam 6 kumpulan.






Kalau ikut pada kira-kira ni projek kita ni tak balik modal ni (itulah agaknya apa yang difikirkan oleh tuan pengarah) takpalah kita tampung dengan duit lain.

Selepas bengkel pertama makan nasi pula. Tak laparlah anak-anak kita hari ini.
Aik! Tuan pengarah yang isikan lauk, mana nak cari tuan pengarah macam ni?






Bengkel ke 2 tentang bacaan-bacaan didalam solat
Salah seorang asaatizah memulakan dengan sedikit penjelasan tentang bacaan dalam solat diikuti dengan LDK dalam 6 kumpulan.


Taklimat tentang Halqoh Quraan dilakukan dengan ringkas sahaja
Ini memberi sedikit masa untuk para pelajar merasa agak santai dan memulihkan rasa seronok mereka setelah ajk menilai mereka agak keletihan mengikuti jadual yang agak padat.

Kuliah Maghrib
Kami menjemput penceramah motivasi yang mulai kedengaran namanya di Daerah Setiu. Nun dari Kuala Terengganu kami menjemput Ustaz Fauzi Yusoh untuk slot kuliah pada malam ini. Kami bersimpati dengan beliau atas kegagalan kami memastikan ibu-bapa pelajar turut serta. Beliau terpaksa mengubah suai penyampaiannya kerana sasaran ceramahnya telah berubah daripada umum kepada para pelajar dan para ajk yang terlibat (bukan ibu-bapa sebagaimana yang diharapkan).

Namun Ustaz Fauzi boleh! Ceramah berjaya dilaksankan dengan jayanya dalam masa 2 jam.
Habis ceramah dan solat isyak anak-anak kami dibekalkan minuman dan roti.

Itulah gambaran ringkas perjalanan Kem Remaja Cemerlang untu hari pertama.

Semoga besok perjalanan program akan lebih baik lagi.

http://al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com/2010/06/hari-pertama-kem-remaja-cemerlang_6480.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan