Rabu, 9 November 2011

Rumah Kami Pembinaan Bermula Syawwal 1432 Hijriyyah

Setelah 8 bulan satu minggu tinggal di Madrasah al Insaaniyyah dengan menumpang bangunan asrama kemudian menumpang tinggal dirumah warden madrasah, maka pada hari ini minggu yang ke 2 syawwal ( 11 syawwal 1432 hijriyyah atau hari rabu 7 september 2011 kami memulakan pembinaan rumah sendiri. Pembinaan bermula dengan kerja-kerja dilakukan sendiri dengan bantuan isteri dan anak-anak.

Beginilah pandangan tapak rumah kami dari arah masjid sebelum projek pembinaan dimulakan

4 batang tiang menunggu untuk ditegakkan. Juga 2 ribu keping batu-bata yang akan digunakan untuk membuat asas tapak rumah (ikat 9)

Tiang pertama yang ditegakkan. Berat juga tiang 4x6 setinggi 12 kaki ini.

Inilah hasil kerja hari pertama. Dengan bantuan anak-anak dan isteri 2 tiang rumah berjaya didirikan. Mendirikan tiang ke 3 dan ke 4 terpaksa ditangguhkan sehingga tapaknya yang rendah ditinggikan dahulu dengan bancuhan simen. Besok bancuhan simen keras bolehlah 2 tiang tu ditegakkan.

Beginilah 2 batang tiang sebelah timur bangunan rumah kami sebaik sahaja selesai kerja hari pertama pembinaan rumah berdekatan masjid Madrasah al Insaaniyyah








Hampir 12 ribu keping batu-bata telah digunakan setakat ini (jumaat 6 muharram 1433H bersamaan 2 disember 2011M) dalam pembinaan rumah kami. Kerja-kerja mengikat bata akan siap tidak lama lagi. pemasangan tetulang sebelah atas dinding bata telah bermula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan