Ahad, 12 April 2009

10 april 2009

BismiLLaahir Rahmaanir Rahiim

Minggu ni awalkan kelas pagi jumaat. Tindakan ini diambil disebabkan waktu syuruq sekarang ni awal. Ramai pulak yang uzur pada hari ini. Hanya Encik Syarif,Azaman berdua,Encik Johari,Haji Alias dan Cikgu Zahari sahaja yang hadhir.
Pengaaajian dimulakan dengan tafsir surah an nisaa` ayat 7 sehingga ayat 11 iaitu ayat-ayat yang menyebutkan tentang pusaka. Tafsir surah al Nisaa` bermula minggu lepas.
Selepas tafsir ayat-ayat tu Azman alkabiir membaca fathul Mu`ien . Masih lagi perbincangan tentang solat jama`ah.
Mengikut jadual petang ini hadhir gotong-royong membersihkan bangunan ABIM Terengganu. Sebelum kemasjid Encik Ramli athulaathawi telepon memaklumkan tukang telah memulakan kerja membuat kekuda masjid madrasah insaaniyyah. Beliau juga memaklumkan ada perubahan rekabentuk kekuda tersebut.
Oleh itu terpaksalah mengambil masa petang jumaat tersebut untuk membuat tinjaun ke al Madrasah al Insaaniyyah . Sah 3 pemuda Acheh bersama seorang pemuda tempatan sedang melakukan kerja-kerja tersebut. Mereka dah ubahsuai site oficce jadi tempat penginapan mereka.
Kuliah disurau Haji Ibrahim di Telaga Batin terpaksa ditangguhkan keminggu depan.
Kuliah maghrib disurau Tanjung Bunut juga tidak hadhir.
Muzakarah mingguan PUM hadhir. Turut hadhir Ustaz Abdul Ghani bin AbduLLaah, Ustaz Wan Nawang,Ustaz Mohd Abdul Majid,Ustaz Soleh dan Ustaz Nik. Mera`iekan Ustaz Nik yang terpaksa kehospital menemani isteri, kami hanya sempat baca Tafsir dan Tasawwuf sahaja.















http://al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com/2009/04/kerja-kerja-membuat-kekuda-masjid.html

Terima kasih