Assalaamu`alaikum
Pada hari sabtu 26 muharram 1432 hijriyyah atau 1 januari 2011 masiihiyyah kami berpindah ke Daerah Setiu. Hanya sedikit barangan yang dibawa bersama, sekadar muat 2 buah kereta kancil dan 7 orang anak-anak. Anak-anak yang lain 2 orang di Kaherah,Mesir. 2 orang di IQT Padang Midin Kuala Terengganu dan 2 orang di Madrasatul Quraan,Kubang Bujuk.
Bertolak jam 5.30 petang dan tiba di Madrasah al Insaaniyyah lebihkurang sejam kemudian. Sebauh kereta lagi dipandu oleh Ummu Muhammad tiba diwaktu magrib. Kemudian Abu Zakariyya bergegas ke Masjid Kampung Rahmat untuk kuliah maghrib (kelas takmir). Minggu depan kuliah maghrib dimasjid ini pada khamis malam jumaat
Keadaan rumah yang ditinggalkan dan persekitarannya
Kereta yang digunakan ketika berpindah
Laluan keluar masuh kerumah penginapan sejak 1990-1994 dan 2005-2010
5 orang anak bersama Abu Zakariyya
Dah sampai pun ke Setiu (Madrasah al Insaaniyyah)
Laluan yang becak menyebabkan barangan terpaksa diangkut berulang-alik melepasi kawasan berbecak
Nasib baik pengambilan pelajar belum dibuat, bolehlah menumpang tinggal diasrama dahulu sebelum kuaters siap
Rumah yang ingin dihuni belum siap lagi
Pintu-pintu 2 bilik telah siap dipasang
Pandangan dari luar rumah
Bahagian bilik tambahan dan dapur masih beatapkan langit dan berlantaikan tanah
Keadaan tandas dan bilik air yang gagal disiapkan setakat ini
Ahad, 2 Januari 2011
Langgan:
Catatan (Atom)